Make your own free website on Tripod.com

E-GOLD

GERBANG
KERJAYA
KOMPUTER
MOTIVASI
AGAMA
KESIHATAN
PERKAHWINAN
EBOOK PLR
EBOOK MRR
BUKU FIZIKAL
PILIHAN AMAZON
ONLINE PROFITS MADE SIMPLE !
DOWNLOAD PERCUMA !!!
E-GOLD
HUBUNGI KAMI

Pengertian e-gold.

eGOLD adalah salah satu eCurrency ( matawang online ) yang digunapakai di Internet. Dalam banyak-banyak eCurrency eGOLD adalah eCurrency paling lama, paling dipercayai dan paling banyak digunakan di internet. Antara contoh eCurrency yang lain adalah seperti INTgold, EVOcash, NETPAY, eBULLION, PECUNIX dsbg.

Konsep penggunaan eGOLD adalah seperti perbankan online ( cth MAYBANK2U ) dan duit dalam akaun eGOLD kita bersandar kepada gram emas semasa. Bagaimana kita nak menggunakan eGOLD kita terserah kepada kita.

E-gold adalah satu sistem matawang elektronik didaftarkan dibawah E-gold ltd, oleh ahli dewan perniagaan Nevis yang disokong oleh 100% bar emas yang tersimpan. E-gold telah bergabung dalam satu akaun sistem pembayaran untuk menggalakkan lebih ramai orang menggunakan emas sebagai matawang. Secara spesifik pembayaran melalui E-gold membenarkan orang ramai untuk membelanjakan (Spend) sejumlah emas, mengikut perkadaran berat untuk di pindahkan kepada akaun E-gold yang lain. Hanya hakmilik yang berubah. Emas yang tersimpan (treasury grade vault) masih tetap kekal

Boleh Dipercayai (Trustworthy )

Mengikut pada E-gold User Agreement, emas fizikal yang menyokong akaun e-gold hendaklah wujud dalam bentuk fizikal, mendapat kelulusan rasmi (legal) dan bebas dari risiko politik. Merujuk pada deklarasi dari pihak e-gold “The e-gold bullion reserve special propose trust - ” menyatakan bahawa kegunaan secara mendadak hendaklah diwujudkan secara eksklusif adalah untuk kebaikan kesemua ahli dalam kumpulan pemegang akaun e-gold. Emas ini hendaklah wujud dalam bentuk emas fizikal yang tersimpan di “London Bullion Market Association (LBMA)” . Logam emas yang tersimpan hendaklah bebas dari sebarang “lien” atau encumbarance dan tidak terikat dengan mana-mana organisasi. Secara am, emas ini tidak terikat pada liability e-gold Ltd atau sebarang entity company. Tidak ada sebarang logam yang boleh di keluarkan dari simpanan tanpa pengesahan / tandatangan dua pihak , e-gold Ltd dan Escrow Agent untuk memastikan reputasi dan kualiti emas terjamin.

Transparency(ketelusan)

E-gold Ltd. menawarkan tahap transparency secara tidak parallel. Kiraan akaun E-gold secara total vs. Kiraan Emas tersedia secara Total . Informasi ini di bekalkan mengikut keadaan semasa dan terkini berdasarkan pemerincian dari ‘examiner’ tools dari E-gold website. ‘Statistic’ yang berkaitan dengan penggunaan dan perkembangan sistem e-gold.

Sistem Matawang Antarabangsa

Internet - World Wide Web (WWW)
Emas - World Wide Money (WWM)
Kombinasi kedua-dua sistem ini secara global ini telah mewujudkan satu keperluan. E-gold telah wujud untuk memenuhi kehendak dan keperluan ini.

E-gold dikira dalam bentuk berat logam dan bukan nya US$ atau mana-mana unit/ nilai matawang nasional. Berat unit lebih tepat dan mempunyai definasi yang boleh diguna secara global / antarabangsa. Sebagai tambahan, logam berharga ini ternyata digunakan dalam sistem kewangan sedunia. Oleh itu, e-gold adalah satu sistem yang ideal dan sesuai untuk transaksi antrabangsa.

Walaupun e-gold dikira mengikut berat, sistem pembayaran e-gold membenarkan ‘Spends’ untuk menggantikan terma 8 nilai matawang terbesar dunia. Sebagai contoh, terma berikut adalah rasmi (possible).

Spend 10 Troy oz adalah nilai e-gold
Spend 5.3 grams adalah nilai e-gold
Spend US $100.00 adalah nilai e-gold
Spend CHF 685.88 adalah nilai e-gold

Nilai-nilai yang dinyatakan diatas membawa maksud, Canadian boleh membuat pembayaran kepada German atau Japanese atau Australian, jumlah berat emas yang tepat dengan e-gold untuk mendapatkan barang/ servis secara mudah, seolah-olah harga telah ditetapkan dalam nilai matawang sesebuah negara.

Kuasa Membeli

Kesemua nilai kewangan akan berpindah ke alam cyber hanya dalam beberapa tahun akan datang. E-gold telah bersedia dan begitu juga anda.

E-gold - Jual Beli (Transaksi) tanpa sempadan
E-gold boleh di belanjakan (Spent ) kepada akaun e-gold yang lain di mana-mana sahaja tempat di dunia menerusi e-gold shopping cart interface (SCI), e-gold account manager or telefon mudah alih dengan kemudahan internet.

E-gold - Lebih Cepat dan Pantas

Pembayaran e-gold serta-merta (tanpa risiko charge semula - chargeback) , tidak kira berapa besar pembayaran, tidak kira berapa jauh pembelanja dan penerima.

E-gold - Lebih Menjimatkan

Berbelanja dengan e-gold adalah percuma walaupun penerima anda berada dihujung dunia.
Bayaran transaksi penerima adalah dari nilai rendah yang berpatutan kepada pesanan terendah dari kad kredit dan transaksi bank wire, tidak kira berapa besar (atau kecil) sesuatu pembayaran E-gold Agio fee, merangkumi kos simpanan bar emas, untuk melepasi tahap ekonomi untuk pembeli emas jumlah besar.
Kelebihan pada semua pengguna wang. $$$$

Sasaran untuk pasaran e-gold adalah pengguna matawang. Bagaimanakah anda menggunakan matawang sekarang?

Pengguna matawang ini akan berpeluang untuk menikmati kemudahan dari kestabilan, sistem keselamatan, efisyensi dan cost yang rendah dari e-gold. Berikut adalah contoh-contoh kegunaan e-gold;

E-Dagang
Pembayaran B2B ( Business-to- Business)
Jualan - Point of Service
Pembayaran Orang Perseorangan ( Person-to-Person)
Gaji
Bill Setempat
Derma Badan Kebajikan
Sistem kewangan yang menggunakan dasar ekonomi AUG*
* AUG adalah singkatan nilai unit matawang “grams of gold”

Pembangunan Pasaran Tukaran Dagangan

Pembentukan sistem e-gold adalah bebas dari sebarang risiko kewangan. Tidak akan terdapat hutang atau liability yang bergantung dan terikat pada e-gold. Untuk tujuan ini, pihak e-gold Ltd. tidak akan memproses sebarang matawang national dari sebarang negara yang tidak mempunyai akaun bank. Oleh itu, e-gold Ltd. tidak akan boleh menawarkan servis tukaran matawang.

Untuk menggalakan pertumbuhan bilangan pusat servis tukaran bebas di serata dunia yang menyokong tukaran antara matawang national dan e-gold, pihak e-gold telah menambah bilangan cara pembayaran termasuk kad kredit, bank wires cek bank dan money order.

Tiada halangan/sempadan untuk penyertaan

Tiada sebarang kos diperlukan untuk membuka akaun e-gold. Tiada pemeriksaan kredit, tiada had minimum diperlukan, tiada sebarang concept ‘akaun saudagar’ dalam akaun e-gold untuk melayakan perbelanjaan (Spend) e-gold atau penerimaan pembayaran e-gold.

APA YANG ANDA PERLU FAHAM TENTANG eGOLD

1. eGOLD ada caj transaksi.
Setiap transaksi ada cajnya, 1% setiap USD tetapi maksimum satu transaksi USD 0.50 sahaja. Setiap tahun juga ada pemotongan keatas akaun egold masing masing utk membayar kos menyimpan emas tersebut.

2. eGOLD berkadaran dengan nilai emas yang senantiasa turun naik.
Yang kekal hanya gram emas tersebut. Jadi jika anda ingin menggunakan USD10, elok beli lebih sikit seperti USD11 kerana kemungkinan masa anda hendak menggunakan eGOLD tersebut jumlahnya berkurangan disebabkan harga emas turun.

3. Jual/Beli eGold di Malaysia
eGOLD di Malaysia dijual pada kadar antara RM3.80 - RM4.30 per Dollar mengikut persetujuan pembeli dan penjual dan mengikut supply and demand semasa.

 

MEMBUKA AKAUN E-GOLD.

 

Untuk membuka akaun e-gold adalah PERCUMA. Berikut adalah panduan langkah demi langkah bagaimana untuk membuka akaun e-gold:

 

1. Sila klik di sini  untuk ke halaman pendaftaran akaun e-gold.  (User Creation)

 

2. Sila KLIK pada I AGREE setelah anda membaca dan memahami e-gold "Account

    User Agreement". Borang Pendaftaran akan terpapar. Isikan maklumat diri anda

    Sebagaimana yang diminta.

 

1.      Account Name :

     Nama akaun anda. Boleh jadi nama penuh anda sendiri nama samaran atau

     apa sahaja yang bersesuaian. Nama ini akan dapat dilihat oleh pemegang

     akaun egold yang lain ketika membuat pemindahan / pembayaran e-gold.

  

                  Ruangan "Description" & "Additional Description" tidak wajib di isi.

                  Namun anda boleh mengisinya untuk menambahkan lagi ciri-ciri keselamatan.

                  Boleh diisi dikemudian hari.

 

2.      Username  :     

      Anda boleh menggunakan nama yang sama untuk Username dan Account

      Name. Ini akan menjadikannya lebih mudah untuk diingati."Description

      untuk Username juga tidak diwajibkan untuk di isi.

 

3.      Point Of Contact : 

                   Alamat perhubungan anda. Kosongkan ruangan Fax jika tidak berkenaan.

                   Sementara Alternate Passphrase pula digunakan untuk pengesahan bayaran.

                   Walau bagai mana ianya jarang digunakan. Boleh gunakan nama ibu anda

                   sebagai Alternate Passphrase.

 

               4. Passphrase     :       

                   Passphrase ialah password anda. Ianya dalam gandingan huruf dan angka,

                   sekurang-kurangnya 8 aksara. Isi kedua-dua ruangan dengan passphrase yang

                   sama.

 

4.      Turing Number Entry :

                   Isikan nombor-nombor yang sama seperti telah diberikan ke dalam petak

                    yang kosong. Perhatikan nombor-nombor tersebut betul-betul.

 

 

3. Setelah selesai mengisi borang, tekan butang OPEN yang berada di sebelah bawah.

    Selepas itu buka  peti emel anda . Anda akan menerima satu emel dari e-gold bersama

    dengan nombor akaun e-gold anda.

 

 

BAGAIMANA MENDEPOSITKAN E-GOLD ?

 

Untuk berbelanja menggunakan e-gold di internet, maka anda perlulah mempunyai sejumlah e-gold di dalam akaun anda. Untuk mendepositkan e-gold, anda perlulah membelinya dari mereka yang ingin menjualnya. Terdapat beberapa pengedar egold yang  popular di Malaysia. Salah satunya ialah : EgoldMalaysia.com

 

Jika anda ingin menjadikan egold hanya sebagai alat penerima pembayaran seperti komisen affiliate dan seumpamanya, maka tidak perlulah mendepositkannya. Tunggu sajalah komisen anda masuk! Walau bagaimana pun, untuk menunaikan egold tersebut ke dalam Ringgit Malaysia, maka anda perlulah menjualnya kepada pehak seperti EgoldMalaysia.com .

 
 
 
 

Darma Kifayah Enterprise, Kedai Musolla Darusslam, Jalan Teratai 2/5, Taman Bukit Teratai, 56100 KUALA LUMPUR. Tel: 03-42806803, H/P: 013-6701491